Powered by Blogger.

Apabila muka personaliti terkenal di kartonkan.

Kartunis adalah artis yang sebenar dan kerja-kerja mereka membuatkan kami sentiasa ketawa. Ini adalah sebahagian daripada kartun yang terkenal dari dunia politik, sukan, muzik, filem. Jom kita layan ye :-)



they always look better in the movies 01 10 Coolest Celebrity Caricatures
Kumpulan Metellica
they always look better in the movies 02 10 Coolest Celebrity Caricatures
they always look better in the movies 03 10 Coolest Celebrity Caricatures
Pemain Bola Sepak Messi
they always look better in the movies 04 10 Coolest Celebrity Caricatures
Pemain Bola sepak Lagenda
they always look better in the movies 05 10 Coolest Celebrity Caricatures
Jaa-Z pun ada. bukan main tebal bibir dia ya. haha :-D
they always look better in the movies 06 10 Coolest Celebrity Caricatures
50cent 
they always look better in the movies 07 10 Coolest Celebrity Caricatures
Pink nya dia.. haha
they always look better in the movies 08 10 Coolest Celebrity Caricatures
they always look better in the movies 09 10 Coolest Celebrity Caricatures
Obama pun boleh terselit sekali.. hehe :-P
they always look better in the movies 10 10 Coolest Celebrity Caricatures
yang ni siapa ye..? 

Batu besar yang paling seimbang di dunia


Pernahkah anda melihat batu besar berada di atas batu yang lain dalam keadaan seimbang? Mungkin pernah mungkin tidak. Kami akan berkongsi dengan anda tentang beberapa keping gambar yang menunjukkan batu yang dianggap luar biasa. Batu ini yang dipercayai batu gergasi dikatakan paling seimbang di dunia. Siapa berani duduk di tepi batu tersebut. Silap-silap kena hempap pula. Jom lihat gambar di bawah ini.
Terdapat kejadian semula jadi tertentu di dunia yang membuatkan kita semua menggaru kepala. Salah satu keajaiban alam semula jadi itu Kummakivi, pembentukan geologi yang terdapat dalam hutan tebal Finland. Pemandangan mystifying ialah batu gergasi yang paling seimbang luar biasa di atas sebuah batu licin. Masih tiada penjelasan saintifik bagaimana batu itu, yang diberi nama diterjemahkan sebagai “strange rock” dalam Finland,dalam kedudukan yang membingungkan, tetapi ia tidak kelihatan luar biasa?
Sesetengah cerita rakyat Finland menerangkan lokasi yang ganjil batu gergasi dengan mengatakan bahawa Trolls (atau gergasi) membaling atau meletakkan ia di sana.
batu2
batu3
batu4
batu5

Mantoplah !! PELAJAR 17 TAHUN JADI JUTAWAN kerana YAHOO!





kutiup1LONDON – Seorang pelajar sekolah di sini, Nick D’Aloisio yang berusia 17 tahun menjual satu aplikasi bagi membolehkan teks berita dapat dibaca menerusi telefon bimbit kepada syarikat Yahoo! dalam urus niaga yang dianggarkan sebuah akhbar bernilai sehingga AS$60 juta (RM184.1 juta).

Aplikasi itu akan membolehkan D’Aloisio menjadi salah seorang jutawan termuda di dunia.
Ia dicipta pada November 2012.
Syarikat Yahoo! tidak mendedahkan perjanjian urus niaga itu tetapi akhbar London Evening Standard menyatakan Yahoo! akan membayar antara AS$30 juta (RM92.05) hingga AS$60 juta (RM184.1 juta).
Menurut syarikat itu menerusi satu kenyataan bahawa ia teruja untuk memiliki Summly yang memudahkan maklumat diperoleh dengan pantas, mudah dan ringkas.
Ketika berusia 15 tahun, D’Aloisio mencipta aplikasi Summly di rumahnya di sini.
Syarikat Yahoo! menyatakan, D’Aloisio dan pasukan Summly akan menyertai syarikat itu dalam tempoh beberapa minggu lagi.
D’Aloisio membuat kenyataan di Twitter dengan menyatakan: “@Summly telah menandatangani satu perjanjian untuk dimiliki Yahoo!
“Teruja untuk memulakan babak baharu Summly!
“Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada saya.”
Akhbar London Evening Standard menyatakan, D’Aloisio pada mulanya mencipta aplikasi itu sebagai hobi.
“Saya tidak menyedari ia boleh menghasilkan wang,” kata D’Aloisio.
Ketika ditanya tentang pendapatannya yang besar ekoran pembelian syarikatnya, D’Aloisio berkata” “Saya suka kasut. Saya akan membeli sepasang kasut Nike dan saya mungkin memperoleh sebuah komputer baharu.
“Namun, buat masa kini, saya hanya mahu menyimpan wang itu di bank.
“Saya tidak perlu untuk banyak berbelanja.”
D’Aloisio belajar kod komputer semasa berumur 12 tahun selepas Stor Aplikasi Apple dilancarkan.
Dia kemudian mencipta beberapa aplikasi termasuk Facemood yang merupakan perkhidmatan yang menganalisis sentimen bagi menentukan mood para pengguna Facebook.
Pelajar itu juga pernah mencipta aplikasi perkhidmatan mencari muzik, SongStumblr.
D’Aloisio turut memberikan nasihat kepada beberapa remaja iaitu: “Jika anda mempunyai idea yang baik atau anda terdapat satu ruang kosong di dalam pasaran, terokailah dan lancarkannya kerana terdapat beberapa pelabur di seluruh dunia kini yang mencari syarikat-syarikat untuk membuat pelaburan.” – Agensi

About

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...